Me~!!



Nick: E, eMSiTRi, mc3
Born: 11 August 1978
Location: RaMPaiViLLe

THE SHOUTS~!!

   

THE ARCHIVES CALENDAR~!!

<< December 2009 >>
Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat
 01 02 03 04 05
06 07 08 09 10 11 12
13 14 15 16 17 18 19
20 21 22 23 24 25 26
27 28 29 30 31

If you want to be updated on this weblog Enter your email here:

COOL BLOGGER~!! (yg aku slalu singgah)

  • ahsuez

  • Op & The-Mulan

  • chiquitta

  • fiveroll

  • malique

  • mancis

  • rem

  • tok rimau


  • THE BANNERS~!!

    AhsueZ
    Chi
    Chiquitta
    Tok Rimau



    rss feed




    Friday, June 09, 2006
    Demam Piala Dunia

    Dah demam?
     
    hehehe.. kalo tak demam lagi.. maknanya korang bukan peminat bolasepak la tu..
     
    kat opis aku ni seniri.. kat ruangan sukan di papan kenyataan kat belakang, ada yang rajin untuk menampal jadual perlawanan dan carta pusingan kalah-mati hingga ke perlawanan akhir yang bersaiz suratkhabar..
     
    dalam melbox aku pulak.. ramai yang tolong hantar jadual world cup yang hanya perlu memasukkan jaringan gol dan kedudukan dalam kumpulan akan diselaraskan secara automatik menggunakan microsoft excel.. bermacam-macam format yang aku dapat.. yang asal.. menunjukkan waktu eropah.. ada juga yang perlu memilih negara masing-masing dan waktu siaran tempatan akan terpapar.. heh.. macam-macam.. haa.. yang dalam format *.pdf pun ada jugak..
     
    kendian.. bila aku forwardkan kat kenkawan aku kat opis ni termasuk la bos aku sendiri.. bos aku jadi org pertama yang tolong mengisikan jaringan gol sehingga pusingan akhir.. yang aku tak tahan tu.. dia siap print dan tunjukkan kat aku sambil gelak-gelak..
     
    ceh.. penyokong brazil nih mmg tak boleh pakai.. boleh lak dia letak team dia jumpa team aku kat separuh akhir dan team dia menang 1-0.. pas tu.. team dia menang ngan argentina kat final.. dah puas dia gelak-gelak kat meja aku.. dia pun balik ke meja dia.. pas tu dia hantar balik file tu tadi kat semua org dan gelak-gelak lagi kat meja dia.. siot jek boss aku nih..
     
    walau apa pun.. aku selaku penyokong fanatik england yang bersopan-santun dan memelihara budibahasa, menjaga tatabicara dan manis tutur-kata.. dan tidak akan menimbulkan keadaan huru-hara selepas setiap perlawanan yang membabitkan england walau di mana jua.. dah tentu la memilih pasukan england yang akan menang piala dunia 2006 ini.. gudlak kat england!!
     
    p/s: dalam akhbar tempatan sendiri pun.. aku ada terlihat yang Siti Nurhaliza pun menyokong pasukan England dalam ruangan 'Apa Kata Artis' (rujuk Harian Metro bertarikh 6 Jun 2006).. hehehe.. 'percayalah' siti.. kita serupa.. dan 'biarlah rahsia'.. hahahaha.. jangan jeles ye!!
     

    Posted at 06:27 pm by emsitri
    Comment (1)  

    Tuesday, June 06, 2006
    Janji Kekasih

    ceh.. aku pun tak paham.. sungguh aku tak paham..
     
    terasa macam satu kerugian bila aku miss beberapa episod sblm nih.. selalunya.. sebelum˛ nih.. waktu siaran cite tu kat tv.. aku mesti tgh melepak ngan kenkawan aku kat CM Rampaiville.. tapi.. bila hari memula tayangan cite tu.. aku tak kuar dan tgk tv.. boleh lak terjatuh cinta lak ngan cerita tu.. mungkin sbb cite tu salah satu produk Rashid Sibir kot.. dan gaya bahasanya tak skema.. menjadi antara point˛ yang aku suka tonton karya mamat nih..
     
    hahaha.. serious maa.. aku tak tipu.. aku enjoy tgk cerita˛ Rashid Sibir.. walopun ada antara cerita tu dah ditayangkan kat astro.. dan disiarkan semula samada kat RTM ataupun TV3.. kalo aku tak ke memana.. mesti aku akan tgk lagik..
     
    korang lak cemana?? cam aku gak ke??

    Posted at 08:20 pm by emsitri
    Make a comment  

    Monday, June 05, 2006
    dah setahun dah!!

    adeh.. lama giler tak update aku nyer blog.. sebbaik la tok rimau tolong ingatkan aku.. hehehe.. dah setahun rupanya tak update..  ye la.. akan datang nih.. aku akan selalu update.. hmm.. malas sebenarnya.. hehe.. lelepas nih.. kalo ada masa.. aku akan update.. ehh.. kalo rajin.. sbb kalo ada masa tapi tak rajin.. maknanya.. tunggu setahun lagi la baru aku update lagik.. k la.. jumpa lagi.. peaceout~!!

    Posted at 09:54 pm by emsitri
    Make a comment  

    Thursday, May 26, 2005
    king of europe, we are!!

    Liverpool FC - Kings of Europe. How good does that sound?



    The best banner in Istanbul

    Is this the Best Banner in the world?

    The banner in full:
     
    No small toffees for feast tonight
    Kopites party with Turkish delight
    Jose, Sir Alex... London press
    All choking on sweet success
    Money, not love, is your drive
    But tell us... Can you count to five?

    Posted at 10:41 pm by emsitri
    Comments (3)  

    Sunday, May 22, 2005
    mari menyengat tebuan..

    adeh.. potong betul.. dah la malam tadi balik kul 6 pagi.. taim aku tengah sedap tido pagi tadi.. buleh lak kene sengat ngan tebuan dewasa kat bahu kiri aku.. tak pasal je aku terus melompat turun dari katil.. pas tu aku cari binatang apa yg sengat aku sbb taim tu aku tatau lagi.. alih2.. nampak seko tebuan dewasa nan gagah perkasa tgh berterbangan kat dalam bilik aku tu.. adoi la.. aku terus teringat taim form 4 dulu.. ada sorang pembantu fasilitator taim aku camping kat hutan lipur lentang.. yang kene sengat ngan segerombolan tebuan taim aktiviti jungle tracking.. brader tu yang badan boleh diibaratkan macam 'the big show' (WWE) pun buleh pengsan.. ni kan pulak aku yang berbadan comel nih.. panik jugak la aku pagi tadi..

    pas tu aku pun mintak tolong kat org tua aku untuk bawak aku pegi spital.. taim tu.. bahu aku rasa sakit giler.. so.. dengan hanya menggosok gigi setakat yang terdaya.. aku pun pegi spital dengan tak mandi.. dan dicover dgn sesembur dua pewangi.. dipendekkan cite.. lepas aku kene suntik dan ambik ubat kat farmasi.. aku balik umah layan CSI.. pas tu layan zainal di studio 1 sambil baring depan tv.. dan aku masih belum mandi walopun skang ni sakit tu dah kurang dah sikit.. :p

    Posted at 06:19 pm by emsitri
    Comments (7)  

    Next Page